Rabu, 3 April 2013

Bazar Ramadhan Temerloh



Kami telah berniaga di bazar ramadhan Temerloh lebih dari 20 tahun...Sebelum kami mewarisi resepi membuat makanan tradisional seperti lemang, serunding, dodol, tapai dan lain2 masakan, ibu kami telah menjalankan perniagaan ini sejak dari usia mudanya lagi...Kami telah mewarisi resepi dan cara membuat makanan tradisional ini dengan tidak mengubah resepinya dan membuatkan rasa serta keenakan makanan tidak berubah...Kepada yang berminat boleh membuat tempahan atau datang sendiri ke gerai kami ketika di bulan ramadhan...Warisan kreatif resepi turun temurun...terima kasih...

Isnin, 18 Mac 2013

Banner Warisan kreatif


Banner Warisan Kreatif

Kami menerima tempahan lemang,serunding,dodol & tapai pulut..Kebiasaan tempahan kami dimusim perayaan dan juga kenduri kahwin..Kami juga berniaga di Bazar Ramadhan Temerloh..Jika berminat sila hubungi kami di alamat tertera..Terima kasih...

Selasa, 5 Julai 2011

Menu tradisional lemang, rendang, serunding, tapai dan dodol di bazar ramadhan Temerloh

    Setahun sekali bazar ramadhan kembali. Terdapat banyak kawasan bazar ramadhan di daerah Temerloh tetapi yang menjadi tumpuan ramai ialah bazar ramadhan tapak pekansari Temerloh. Peniaga dan pengunjung sentiasa bertambah dari tahun ke tahun. Terdapat pelbagai jenis juadah yang dijual antara yang popular ialah ikan patin bakar dan masak tempoyak, lauk pauk yang pelbagai jenis, kuih-muih, air yang pelbagai rasa, ayam panggang atau lebih dikenali sebagai ayam pusing, juga makanan2 tradisional seperti yang menjadi menu utama jualan kami setiap kali puasa bermula sehingga menjelang raya. Juadah yang kami jual seperti LEMANG BAKAR, RENDANG DAGING & AYAM, SERUNDING DAGING,AYAM & IKAN, TAPAI dan DODOL.
    Lemang bakar yang di warisi dari nenek moyang telah dikekalkan resepinya untuk mendapat rasa yang sedap, lemak dan menyelerakan. Resepi turun temurun itulah yang telah meningkatkan jualan kami dari tahun ke tahun. Teknik membakar lemang mengambil masa tertentu untuk menjadikan lemang cukup masak dan tahan lama untuk disimpan. Setakat ini pelanggan kami berpuasa hati dengan tempahan untuk hari raya mereka. Kami juga menerima tempahan dari masjid2 untuk majlis berbuka puasa dan morey. 
     Rendang juga menggunakan resepi tradisional dan sesuai untuk dimakan dengan lemang serta nasi. Manakala tapai pula mempunyai keunikan tersendiri iaitu dibungkus dengan daun getah. Mempunyai dua jenis tapai iaitu tapai pulut putih dan pulut hitam. Rasanya yang manis amat sesuai dimakan sebagai pencuci mulut selepas berbuka atau dibiar sejuk seketika didalam peti ais ia akan menaikkan lagi rasa manis tapai.


      Serunding daging, ayam dan ikan mempunyai rasa yang berbeza. Keenakan serunding memang dikenali ramai di merata tempat. Serunding kami mempunyai rasa yang sesuai untuk dimakan dengan lemang dan nasi, citarasa tradisional negeri Pahang. Ramai pelanggan kami menikmati serunding ketika besahur dan dihidangkan bersama nasi panas.
      Dodol pula mempunyai rasa yang unik jika dibandingkan dengan dodol2 yang lain. Cukup rasa manisnya, lemak, gula kabung dan yang penting tahan lama apabila disimpan. Satu lagi keunikkan dodol kami ialah  mempunyai harga yang berpatutan dipasaran Temerloh. Harga itu membuatkan ramai pelanggan kami dapat menikmatinya dihari raya. Memang ada kelainan dodol kami resepi istimewa turun temurun.
      Paparan di atas adalah serba sedikit maklumat tentang juadah kami yang dijual di bazar ramadhan Temerloh. Kepada pelanggan lama dan baru kami harap anda semua berpuas hati dengan menu dan tempahan2 yang dibuat setiap kali perayaan dan majlis2. Terima kasih kepada semua yang berminat...
        

Isnin, 4 Julai 2011

Lemang bakar tradisional dan bazar ramadhan

 lemang yang sedang dibakar..
 lemang yang hampir siap dibakar
 antara menu di bazar ramadhan rendang, tapai, dodol..
juga serunding daging, ayam dan ikan..

Pengalaman berniaga di bazar ramadhan Temerloh lebih 20 tahun membuatkan semua resepi2 makanan yang dijual mempunyai rasa yang berbeza dari yang lain. 
Resepi turun temurun yang diamalkan dapat mengekalkan rasa makanan. Peningkatan jualan semakin memberansangkan dari tahun ke tahun. Menerima tempahan dari pelbagai majlis2 rasmi dan perayaan,
Juga menerima tempahan dari masjid2 untuk majlis berbuka puasa dan morey di bulan ramadhan. Tempahan hendaklah dibuat lebih awal untuk persediaan bahan2 mentah.
Jika berminat hubungi saya untuk tempahan dan sebarang pertanyaan.
terima kasih.